MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN
NAK MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN INILAH CARANYA...KALAU ADA TANAMAN TEBU DI RUMAH BOLEHLAH CUBA CARA NI.
Air dari tebu, tanam sekali boleh minum air selamanya (Ancient technology of Thailand) sama seperti mengambil nira nipah di Malaysia.
Caranya:
1. Tunggu sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Dalam satu rumpun tebu hanya pilih satu pokok yg sesuai.
2. Ambil tong cat, potong di tengah ikat dan isi dgn media tanaman/potting soil. Ikat tong ini ke besi yg ditanam di tanah dikiri kanan tong tadi, agar tidak tumbang seperti ditunjuk di gambar.
3. Tunggu 2 bulan akar akan tumbuh dalam tong tersebut.
4. Setelah 2 bulan, cantas batang tebu bawah tong tadi secara serong 45° dan lebih kurang cukup untuk letak gelas/cawan di bawahnya, air akan keluar setitik2 dari batang tebu tadi. Boleh dapat dalam 1 gelas 1 hari.
5. Untuk dapatkan air, hiris nipis batang tebu itu setiap hari.
6. Sekiranya hirisan dibatang tebu yang dibuat setiap hari, telah sampai ke tong, injak tong tersebut naik ke atas.
0 Comments:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab.
Komen berbentuk iklan atau spam akan dihapus.
Terima Kasih.